Translate

Memaparkan catatan dengan label Mayat Bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mayat Bayi. Papar semua catatan

04/10/2011

Mayat bayi UMNO dalam perigi kebun getah di Kota Bharu ?????


NEGERI SERAMBI MEKAHSeorang penoreh getah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah beg pakaian yang ditemui dalam perigi kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini, pagi ini.

Tuan Mat Tuan Lonik, 64, menemui mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu kira-kira pukul 8 pagi ketika dia ingin membersihkan dirinya selepas membuang air besar menggunakan air perigi tersebut.

26/04/2011

Mayat bayi dalam beg

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan beg berisi mayat kanak-kanak yang ditinggalkan di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan  arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu, kelmarin.

BANDAR BAHARU: Mayat kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan setahun, dipercayai keturunan India ditemui dalam beg pakaian di tepi susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, menuju Plaza Tol Bandar Baharu di sini, kelmarin. 

Beg berwarna hitam yang ditinggalkan di tepi tiang lampu di sebalik pokok bunga ditemui kira-kira jam 5 petang oleh dua pekerja PLUS sebelum memaklumkan kepada seorang penarik kereta yang kebetulan melalui laluan itu.

Penarik kereta itu yang dikenali sebagai Ng, 45, terus membuka beg berkenaan dan terkejut apabila mendapati ada mayat budak lelaki seperti dalam keadaan tidur di dalam beg berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...