Translate

Memaparkan catatan dengan label MCA Keluar BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MCA Keluar BN. Papar semua catatan

03/12/2018

UMNO ALU-ALUKAN MCA KELUAR DARIPADA BN

MCA DIMINTA SEGERA TINGGALKAN BN

SEREMBAN, 3 Dis (Bernama) – MCA diminta agar segera meninggalkan Barisan Nasional (BN) bagi memudahkan UMNO dan komponen parti berbaki untuk membangunkan semula BN.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai parti yang berprinsip, MCA harus lebih ‘BERFIKIRAN TETAP’ DAN TIDAK BERDOLAK-DALIH kerana tindakan seperti ini tidak memudahkan BN untuk ‘move on’ bahkan telah menunda proses rejuvenasi BN.

SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH JIKA MCA SEGERA MENINGGALKAN BN. Kita tidak boleh punya rakan yang membebankan kita di kala kita berada dalam kedudukan paling susut dalam perjalanan politik kita. Dan tidak mahu memikul tanggungjawab atas kekalahan kita.
Rujukan: KLIK DISINI

02/12/2018

MCA KELUAR DARIPADA BN JOIN PH

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) – Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses PEMBUBARAN BARISAN NASIONAL (BN) dan membentuk perikatan baharu.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata BN telah MENGALAMI KECONDONGAN KUASA yang amat ketara dan setiap parti komponen memerlukan penghayatan dan penilaian semula bagi mentransformasikan parti masing-masing.

"Justeru demi kebangkitan semula, BN PERLU DIBUBARKAN dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...