Translate

Memaparkan catatan dengan label MAIDAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAIDAM. Papar semua catatan

11/02/2014

Kita akan ambil tindakan - betul ke? atau sembang kosong !!!!


'Lebih 10 masjid masih amal semangat berpuak'

KUALA TERENGGANU - Lebih 10 masjid di Terengganu didapati masih mengamalkan semangat berpuak mengikut fahaman parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri Ghazali Taib.
    
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memanggil jawatankuasa masjid berkenaan bagi menangani masalah tersebut.
    
Jika selepas ini keadaan masih belum berubah, kita akan ambil tindakan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Jawatankuasa Masjid 2013/2014 bagi daerah Kuala Terengganu, di sini hari ini.
    
Katanya kebanyakan masjid terbabit terletak di daerah Besut.
    
"Kita tidak mahu rakyat di negeri ini berpecah disebabkan fahaman politik berbeza," katanya.
    
Menurutnya Maidam juga mahu memastikan semua umat Islam yang datang ke masjid di negeri itu dapat beribadat dengan selesa tanpa timbul unsur-unsur kepartian.
    
Sementara itu, Ghazali berkata pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk pengurusan masjid dan RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan kecil masjid.
    
Peruntukan ini ialah yang terbesar yang pernah disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk Maidam bagi tujuan itu, katanya.
   
Mengenai sijil anggota jawatankuasa masjid, Ghazali berkata setakat ini 90 peratus daripada 496 buah masjid di negeri itu sudah menerima sijil masing-masing. - Bernama

29/06/2012

TINDAKAN MAHKAMAH PERLU DIAMBIL KE ATAS AMIL YANG MENYELEWENG WANG ZAKAT

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta-merta pelantikan 39 amil pada tahun lalu setelah didapati terlibat menyeleweng wang kutipan zakat.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata, tindakan tegas itu diambil berikutan amil yang terlibat gagal menyerahkan wang kutipan yang diperoleh mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kita kesal dengan tindakan mereka ini (amil menyeleweng) kerana mereka sepatutnya menjalankan tugas dengan amanah dan jujur selaku orang yang diberi kepercayaan.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan tindakan tegas dengan menarik balik serta-merta tauliah pelantikan jawatan itu adalah sebagai pengajaran kepada mereka, kerana ia satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...