Rakyat perlu hati-hati dengan komplot pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat termasuk menyebabkan Malaysia kembali dijajah oleh negara asing.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin pembangkang yang mendalangi demonstrasi itu mempunyai hubungan baik dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan sudah lama dijadikan alat untuk menghancurkan negara ini.