Translate

Memaparkan catatan dengan label Klinik Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klinik Kesihatan. Papar semua catatan

25/09/2013

APA DAH JADI DENGAN ORANG SEGAMAT JOHOR ?????

KELAKAR BETUL, MASIH ADA LAGI MANUSIA YANG TAKUT UNTUK PERGI KE KLINIK UNTUK MENERIMA RAWATAN KESIHATAN ???

SEGAMAT - Kira-kira 30 peratus penduduk dewasa di kawasan luar bandar negeri ini enggan menjalani saringan di klinik kesihatan dan hospital kerana takut mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Khairi Yaacob berkata, mereka memberi alasan tidak mahu menjalani saringan itu kerana takut tidak lalu makan jika mengetahui mereka menghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

"Mereka lebih rela tidak mengetahui keadaan sebenar kesihatan diri masing-masing kerana takut tidak lalu makan jika tahu mereka menghidap penyakit," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan timbalan beliau, Dr Fatimah Othman pada perasmian kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat peringkat Parlimen Segamat hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...