ALOR SETAR - Masing-masing cuba mempertahankan kumpulan sendiri
dalam kemelut Umno Kedah sejak minggu lalu.
Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan dan alasan
sendiri untuk mewajarkan tindakan mereka iaitu mengekalkan Datuk Seri Mukhriz
Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah agar keadaan
kembali seperti sedia kala.
Manakala kumpulan atau penyokong Timbalan Pengerusi
Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula mempunyai alasan lain agar
dibuat perubahan dalam pentadbiran negeri ini termasuk dari segi politik dan
parti pemerintah.
Kehangatan kedua-dua pihak mengeluarkan 'fatwa' dan
hujah menampakkan seakan-akan masing-masing terlupa bahawa mereka
dari satu kapal yang sama dan melayari ke destinasi
yang sama.
