Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengemukakan permohonan maaf kerana mendakwa kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas pelobi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
Menurut Rafizi, Florence Goh
merupakan pemilik syarikat Godfrey Group Ltd juga mengenali Pengerusi FELDA Tan
Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
Walaubagaimanapun, tekaan Rafizi
salah apabila ‘Florence Goh’ kenalan
Shahrir dan Nur Jazlan merupakan adalah warga tempatan dan bukannya pelobi
Trump yang berwarganegara Amerika Syarikat.
