
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kehadiran pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata kedatangan Pati membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.