Sudah jelas bahawa Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibentang Presiden PAS, Hadi Awang minggu sudah, bukanlah undang-undang hudud.
Tapi pakatan anti Islam seperti DAP,
MCA, Gerakan dan MIC masih terus melaungkan itu adalah undang-undang hudud
sekalipun telah dinafikan Perdana Menteri beberapa kali.
Sementara kita faham DAP memang anti
hudud seumur hidup, habis semua benda berbunyi
syariah pun dia nampak hudud jugak, bab MCA dan Gerakan ni ada sikit tak faham.
Penulis diberitahu, ini cara mereka
bermain politik dikalangan penyokong bukan Islam mereka, tapi bukankah lebih
elok menjelaskan kepada penyokong masing-masing, akta itu bukan bermaksud nak
melaksanakan hudud seperti dikatakan Perdana Menteri?
