Translate

03/08/2023

POLIS TERIMA LAPORAN CALON PRN GAGAL LUNAS TUNGGAKAN DIVIDEN RM200,000


Alor Setar: Polis Kedah menerima satu laporan berkaitan tidak puas hati terhadap Syarikat Rimba Bayu di Baling kerana gagal melunaskan tunggakan dividen sebanyak RM200,000 kepada peserta ladang.

Jurucakap Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke- 15 Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan itu diterima antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, laporan dibuat Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Baling yang mewakili peserta ladang getah diuruskan syarikat terbabit kerana tidak berpuas hati selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran dividen berkenaan.

"SYARIKAT RIMBA BAYU ENTERPRISE DIMILIKI DAN DIURUSKAN OLEH MOHD TAUFIK YAACOB IAITU CALON PERIKATAN NASIONAL (PN) BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) BAYU.

"Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka untuk memudahkan siasatan dijalankan sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian," katanya.

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...