Semasa perdana menteri, Anwar Ibrahim, menghadap baginda DYMM Sultan Johor, baginda memberikan mesej yang cukup jelas.
Baginda mahu supaya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, meneruskan sikap tegas terhadap penjenayah rasuah.
Baginda mahu supaya semua penjenayah rasuah diheret ke muka pengadilan sekiranya pihak berkuasa mempunyai bukti yang cukup.
Mesej yang paling jelas dari baginda adalah, tindakan keras dan tegas ini mesti diambil tanpa memilih bulu.
Bagi baginda, kedudukan, gelaran, pangkat dan umur bukanlah penghalang yang boleh menghalalkan jenayah rasuah.
Bagi baginda, walau pun penjenayah rasuah itu sudah berumur seratus tahun, rasuah adalah rasuah dan yang salah tetap salah.
MESEJ YANG CUKUP TEGAS DARI SULTAN JOHOR itu tidak boleh dipandang sepi oleh Anwar Ibrahim.
ANWAR SUDAH SEMESTINYA MAKLUM, SELEPAS AL SULTAN ABDULLAH MENAMATKAN TEMPOH PERKHIDMATAN BAGINDA SEBAGAI YDP AGONG, SULTAN JOHOR BAKAL