Menurut Raja Petra Kamarudin, ada kalangan ahli keluarga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN @ ABAH COW akan dikenakan tindakan.
Ini berkaitan kesalahan rasuah dan
salahguna kuasa melibatkan jumlah yang agak besar. Dakwaan tersebut dinaikmuat
Raja Petra menerusi aplikasi TikTok beliau kelmarin.
Semua ini berikutan tender runding terus berjumlah RM92.5 billion yang dibongkar akan menjurus
kepada pembongkaran skandal kewangan terbesar negara melibatkan Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin yang dikaitkan dengan ‘LANGKAH
LONDON’ berikutan tular sekeping foto di sebuah
restoran di London turut akan dikenakan tindakan Undang-Undang berikutan
penahanan beberapa individu oleh SPRM baru-baru ini.
Ekoran tindakan SPRM, adakah Muhyiddin
akan bertindak untuk tidak pulang ke Malaysia bagi mengelak sebarang tindakan
dikenakan terhadap beliau?
Timbul pula persoalan adakah Muhyiddin
akan mengambil risiko untuk pulang ke Malaysia dan bersedia untuk menjadi
‘kluster Mahkamah’ sekiranya semua bukti menjurus kepada keterlibatan beliau
dalam skandal RM92.5 billion?
Pada PRU15, Perikatan Nasional dilihat berbelanja secara luar
biasa hingga menimbulkan persoalan dari manakah mereka mempunyai sumber
kewangan begitu besar bagi kempen Pilihanraya Umum.
Siasatan demi siasatan dijalankan telah
membawa kepada penahanan individu yang membuka cerita komisen yang telah
dimasukkan ke akaun tertentu.
Pihak SPRM masih lagi menyiasat perkara
tersebut dan dipercayai akan turut menahan ramai lagi individu kalangan ahli
politik yang menerima sebahagian dana hasil projek runding terus semasa
Perikatan Nasional memerintah.
Jika semua bukti telah lengkap dan
disahihkan, skandal ini akan membuka mata banyak pihak bagaimana pelaksanaan
Proklamasi Darurat yang dilakukan Muhyiddin sebenarnya digunakan hanya untuk
merembat wang rakyat.
Jadi tidak hairanlah sekiranya Muhyiddin tidak pulang ke Malaysia selepas semuanya terbongkar. Sudah pasti Muhyiddin mahu ‘melepaskan tengkuk’ dari dikenakan sebarang tindakan Undang-Undang Malaysia.