Translate

15/08/2022

#PROJEK TEROWONG: PH MEMBISU SEPERTI BADAK KEKENYANGAN? KENAPA GUNA SOTONG???


PH masih tak mahu jawab 6 soalan paling adil dan mudah saya? Berapa kali lagi nak tanya?

1. Berapa banyakkah kemajuan projek yang dicapai sepanjang 22 bulan PH memerintah? Jawab sikit.

Atau adakah benar kita mencapai kemajuan 55% dalam 3 1/2 tahun sejak pembinaan fizikal bermula pada Januari 2015 hingga Mei 2018 dan hampir SIFAR kemajuan dari Mei 2018 hingga ke hari ini?

2. Apakah yang PH lakukan untuk mengatasi kelewatan ini dan usaha mempercepatkan penghantaran ketika mereka memegang kuasa pada Mei 2018 iaitu hampir 1 tahun sebelum tarikh penghantaran penuh (April 2019)?

3. Mengapakah Kerajaan PH diam menikus sepenuhnya apabila tarikh akhir penghantaran April 2019 bagi kapal pertama terlepas tetapi hanya membuatnya isu besar 3 tahun kemudian setelah projek dibeku ketika mereka kerajaan?

4. Berapakah jumlah dana atau jaminan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan PH kepada Boustead untuk membantu Boustead yang dalam kesusahan bagi memastikan kontrak nasional strategik ini diteruskan dan terus berjalan serta untuk menjaga kepentingan LTAT supaya aset terbesarnya tidak terjejas?

5. Adakah Uncle Kit Siang tahu perbezaan antara projek lewat berbanding projek mati atau terbengkalai sama sekali seperti projek Terowong Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh anak kamu? Sila tunjukkan gambar-gambar kemajuan projek terowong.

Berapa inci jalan raya atau terowong sudah dibina?

6. Jika projek ini tidak diberikan kepada Boustead yang dimiliki oleh LTAT, maka SIAPAKAH KONSORTIUM ATAU SYARIKAT TERBAIK seterusnya yang mempunyai pengalaman industri yang betul serta limbungan pembinaan kapal yang diperlukan untuk diberikan projek ini? Bolehkah anda namakan satu syarikat tempatan yang lebih layak?

Soalan Bonus: Tolong tunjukkan saya bukti bahawa Najib pernah campur tangan dalam menukar jenis kapal dari Sigma kepada Gowind atau bahawa Najib pernah mengambil wang daripada projek ini.

RUJUKAN: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid02xirKwK1Yu6xxtUZq8FJnXM8bYmt23o7NJW4qQ6GcqR5L8NLDjb8Yvwg2MftBonMcl 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...