Translate

06/04/2022

#COVID-19: KHAIRY DAN NOOR HISHAM DIHADAP KE MAHKAMAH ANTARABANGSA


MALAYSIA BAKAL MENJADI NEGARA PERTAMA DUNIA
berjaya membawa kes AEFI atau kematian akibat vaksin Covid-19 ke mahkamah sivil, jenayah dan semakan kehakiman sekaligus...

Dimana KHAIRY JAMALUDDIN, NOOR HISHAM dan lain-lain mungkin diheret ke ICJ dan ICC di Belanda serta Mahkamah Tinggi di Malaysia atas jenayah kemanusiaan terhadap rakyat...

Satu sidang akhbar telah dibuat oleh firma guaman Tetuan Mohamad Zainuddin & Co untuk mengumumkan kejayaan mereka mendapatkan perintah "ex-parte award" daripada TRIBUNAL KHAS ADJUDIKASI COVID-19 berkenaan "Vaksin Pramatang Experimental Beracun" yang dikeluarkan oleh Mahkamah Timbang Tara Malaysia...

Mahkamah Timbang Tara ialah sebuah organisasi yang diakui di peringkat antarabangsa, seperti mana Permanent Court of Arbitration atau PCA di The Hague, Belanda...

Mahkamah Tetap Timbang Tara merupakan organisasi antara kerajaan yang menyediakan perkhidmatan tribunal antarabangsa seperti kes tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah baru-baru ini...

PCA adalah berkecuali serta tidak termaktub di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengelakkan konflik kepentingan antarabangsa dalam menyelesaikan isu sempadan maritim, kedaulatan, pelaburan serta perdagangan antarabangsa dan isu hak asasi manusia...

Peguam utama serta pengasas firma guaman dari Tetuan Mohamad Zainuddin seperti dalam dua siri video diatas, mendakwa bakal menjadi pihak pertama yang akan membawa kes AEFI ke peringkat umum...

Mereka juga mendakwa seramai lebih 20 ribu kematian akibat Covid-19 adalah sebenarnya kesan dari vaksin dan bukannya kematian secara alami akibat pandemik...

Manakala sebanyak satu juta kes kecederaan serius didakwa telah berlaku ke atas penerima vaksin di Malaysia...

Ini tidak mustahil jika berdasarkan pendedahan dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada November 2021, bahawa kadar kematian negara telah meningkat mendadak sebanyak 60.5 peratus berbanding tahun 2017 hingga 2020...

Sedangkan menurut KKM kes Covid-19 pada tahun 2020 adalah sebanyak 113 ribu kes berbanding hanya 19 ribu kes pada tahun 2021...

Menurut data CovidNow pula, tempoh penerima vaksin tertinggi ialah dari bulan Julai hingga Oktober 2021, dan bukannya satu kebetulan bahawa kematian tertinggi Covid-19 juga antara Julai hingga Oktober 2021 mencatatkan rekod sehingga lebih 500 kematian dalam sehari...

Kes AEFI di Malaysia ini bakal dibawa ke Mahkamah Antarabangsa ICJ dan ICC serta telah diserahkan dan diterima oleh Peguam Negara untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman...

p/s : artikel ini tidak dapat disiarkan di laman Facebook kerana pasti akan disekat, berdasarkan pengalaman kami sebelum ini...

 

Na'udzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

Rujukan: https://t.me/MalayaCyberForce/9136

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...