Isnin, 3 Januari 2022

#RASUAH: LETAK SPRM DI BAWAH PARLIMEN


Mohd Puad Zarkashi

Apa jadi DAKWAAN YANG MEMBABITKAN KETUA PESURUHJAYA SPRM? Seperti yang dijangkakan semua pihak senyap dan plaster mulut. PM JUGA TIDAK KOMEN APA APA.

Akhirnya kita balik amalan lapuk. Mula mula panas kemudian tutup buku dan dilupakan. Rakyat tertunggu tunggu tanpa ada “solution” konkrit.

Justeru AMAT WAJAR SPRM DILETAKKAN DI BAWAH PARLIMEN. Perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah prerogatif Parlimen. Bukan lagi perkenan YDP Agong atas nasihat Perdana Menteri.

SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang transparen untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan SPRM.

Meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan memastikan proses “SEMAK DAN IMBANG” SPRM lebih bebas dan telus. Ini pembaharuan institusi yang perlu diperjuangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...