TUN MAHATHIR JELAS MENIPU apabila dia kata keputusan ICJ memberi Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Artikel
61 ICJ jelas membenarkan semakan terhadap keputusannya sekiranya kita
mengemukakan bukti-bukti baharu yang tidak wujud semasa keputusan ICJ dibuat
pada tahun 2008.
Tun
boleh baca sendiri: https://www.icj-cij.org/en/statute
Pada tahun 2011 hingga 2013, National archives United Kingdom
telah melepaskan 3,000 dokumen yang sebelum ini dirahsiakan.
Dan
dari 3,000 dokumen ini, hasil siasatan kita berjaya mengesan
beberapa dokumen penting yang sangat membantu kes kita.
Termasuk dokumen pegawai British yang menulis kepada Advisor Johor
yang mengaku Pulau Batu Puteh (ataupun Pedra Brance dengan bangunan light house
Horsburgh tidak termasuk dalam kawasan yang diberi kepada British oleh
kesultanan Johor dalam perjanjian tahun 1824.
Terdapat
juga satu laporan angkatan laut British tahun 1958 yang mengaku mereka dihalang
untuk mengambil tindakan terhadap sebuah kapal Indonesia yang sedang mengancam
kapal Singapura di sekitar PULAU BATU PUTEH SEBAB PERAIRAN DI SANA ADALAH DI BAWAH
KERAJAAN JOHOR.
Memandangkan
kerajaan BN masa saya PM telah berjaya menemui bukti-bukti dokumen kukuh ini,
maka PERSOALANNYA
IALAH KENAPA TUN MAHATHIR DAN KABINET KERAJAAN PH TELAH MENARIK BALIK TUNTUTAN
KITA DI ICJ cuma 2 minggu
sebelum perbicaraan di ICJ bermula sedangkan kebanyakan kos siasatan dan guaman
telah pun dibelanja masa itu?