BERSELINDUNG di sebalik orang kenamaan bergelar Datuk, Datuk Seri dan perniagaan yang sah menjadi modus operandi sindiket dadah di negara ini.
Individu berkenaan juga lebih dikenali
umum sebagai ahli perniagaan berjaya termasuk memiliki perniagaan perkapalan
dan hotel mewah tetapi pada masa sama menjadi kepala SINDIKET
PENYELUDUPAN DADAH YANG MENGANCAM NEGARA.
Membongkar taktik itu, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DATUK RAZARUDIN HUSAIN berkata, penglibatan sindiket atau kingpin
termasuk orang kenamaan yang berpengaruh adalah disebabkan keuntungan yang
diperoleh sangat cepat.
Menurutnya, keuntungan berlipat kali
ganda menjadikan ramai individu cuba untuk menjadi ‘raja dadah’.
“Sebagai contoh, dadah jenis syabu yang
dibeli dari Laos pada harga RM25,000 sekilogram (kg) mampu dijual sehingga
RM125,000 di Indonesia. Ini bermakna mereka boleh mengaut keuntungan bersih
RM100,000,” katanya.
Laos ialah salah sebuah negara
penghasil dadah utama di Asia Tenggara yang digelar ‘Segi Tiga Emas’. Ia
meliputi kawasan yang terletak di barat daya Laos, utara Thailand dan timur
laut Myanmar.
“Berdasarkan tindakan agresif kita,
kita percaya dapat menumpaskan sehingga 300 sindiket menjelang Disember nanti.
“JSJN dengan risikan dan maklumat akan
memastikan penawaran serta permintaan dadah ini dapat diputuskan dan
dikurangkan,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian di Bukit Aman
baru-baru ini.
Tahun lalu, pihak polis telah
menumpaskan sebanyak 305 sindiket dadah di Malaysia manakala 56 lagi
ditumpaskan sehingga Februari lalu. Namun, sindiket dadah tidak pernah berakhir.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata,
ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak sindiket menggunakan khidmat penghantar makanan,
e-hailing, kurier dan bermacam-macam ejen lagi.
Antara rampasan terbesar tahun ini
adalah melibatkan dadah jenis captagon bernilai RM5.2 bilion yang dirampas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Razarudin, kebanyakan aktiviti
penyeludupan dadah di negara ini bermula dari kawasan Segi Tiga Emas.
Artikel Penuh : KLIK DISINI