BANGI, 10 Rejab 1441H, Khamis – Pertubuhan
radikal Cina, Dong Jiao Zong (Dong Zong) seharusnya lebih peka kepada sifat
masyarakat majmuk demi kebaikan sebuah negara demokrasi.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, sekiranya
pertubuhan itu berterusan mencabar kepentingan negara dan cuba menafikan
aspirasi nasional, MAKA DONG ZONG WAJAR DIHARAMKAN.
“Mereka memperjuangkan sesuatu yang
bertentangan dengan aspirasi dan kepentingan negara.
“Kepentingan negara iaitu bahasa Melayu, mereka
sepatutnya mendukung. Tapi daripada isu tulisan jawi dahulu, Dong Zong
seolah-olah MENENTANG KEPENTINGAN NEGARA dan aspirasi
nasional untuk menyatupadukan rakyat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari
ini.
Kok Seong berkata demikian sebagai mengulas
mengenai kenyataan beberapa pemimpin Dong Zong yang bertegas untuk terus
menjuarai isu pendidikan Cina, walaupun pemerintahan negara tidak lagi ditadbir
Pakatan Harapan (PH).
Memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Pengerusi
Dong Zong, TAN TAI KIM berkata, pertubuhan itu akan terus
memperjuang beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika
pemerintahan PH sebelum ini, dan turut mahukan kerajaan baharu bertindak adil
terhadap mereka.
Sementara Timbalan Presidennya, DATUK
TAN YEW SINg berkata,
terdapat sebahagian besar orang bukan Cina salah faham terhadap pendidikan Cina
yang sedia ada.
“Kami berharap pelajar bukan Cina selepas tamat
SJKC, akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina atau
SMJKC, teruskan mengambil peperiksaan dan mencintai bahasa Cina.
“Kami juga berharap pelajar sekolah menengah Cina
dan sekolah menengah kebangsaan menganggap gerakan pendidikan Cina bukan sebuah
gerakan asing, agar jangkauan gerakan pendidikan Cina ini melepasi sekolah
menengah persendirian Cina, dalam erti mencapai jangkauan seluas mungkin,”
katanya.
Kok Seong menyifatkan, perkara sedemikian sebagai
sesuatu perkara tidak sihat.
“Saya kira seruan itu sesuatu yang tidak selari
dengan aspirasi nasional. Selepas anak bangsa kita belajar di SJKC selama enam
tahun, kalau ikut aspirasi nasional mereka perlu meneruskan pelajaran di
sekolah kerajaan.
“Kalau sudah
menjadi pilihan pelajar untuk belajar di sekolah persendirian Cina, itu hak
mereka. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai satu seruan,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI