SEOUL: COVID-19
BOLEH KEMBALI AKTIF SEMULA PADA PESAKIT SUDAH SEMBUH,
menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC).
Kira-kira
51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan
kembali positif, sama ada dijangkiti atau virus itu
kembali aktif di mana mereka diuji positif selepas habis tempoh kuarantin,
menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-kyeong.
"Walaupun kita meletakkan
pengaktifan semula adalah penyebab kemungkinan, dalam masa yang sama turut
mengadakan kajian komprehensif. Banyak kes menunjukkan pesakit diuji negatif
dan keesokan harinya positif," kata Jeong.
Pesakit
hanya akan ditentukan pulih sepenuhnya selepas diuji dua kali dan menunjukkan
negatif dalam tempoh 24 jam dan CD juga akan akan menjalankan siasatan
epidemiologi ke dalam kes-kes terbabit.
Korea Selatan antara negara awal yang berdepan dengan
COVID-19, namun hanya 200 kematian dicatatkan.
Negara
itu melaksanakan antara program ujian paling mahal
dan pendekatan berteraskan teknologi untuk mengesan jangkitan, menyaksikan Korea Selatan membendung wabak itu tanpa sebarang perintah
berkurung dan penutupan perniagaan.
Dalam
masa yang sama, ketakutan pesakit sembuh dijangkiti turut meningkat di China,
selepas terdapat laporan terhadap ujian menunjukkan pesakit positif semula,
malah ada yang meninggal dunia selepas sembuh dan meninggalkan hospital.
TIDAK DIKETAHUI MENGAPA IA BERLAKU, walaupun
ada yang percaya bahawa masalah itu mungkin berpunca daripada tidak
konsisten dalam hasil ujian.
Sehingga
Rabu lalu, Korea Selatan melaporkan sebanyak 10,384 kes dengan 6,776 dibenarkan
keluar dari hospital, menurut data daripada Johns Hopkins University dan
Bloomberg. -BLOOMBERG