PARTI
GERAKAN KECEWA apabila
kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bersedia untuk bertindak sekiranya terbitan bon
Samurai kali kedua diteruskan.
Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe
Chai berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatut memberi tumpuan melaksanakan
dasar yang boleh merangsang ekonomi dan bukan dengan hanya menerbitkan bos.
Malah
tegas beliau, kerajaan digesa untuk MELAKSANAKAN SEMULA CUKAI BARANG DAN
PERKHIDMATAN (GST) daripada mengeluarkan bon untuk membayar hutang.
"Kerajaan
harus memberi tumpuan dengan melaksanakan dasar yang akan membantu membangunkan
ekonomi sekali gus membolehkan negara menjadi berdikari dan progresif daripada menerbitkan
bon dan bergantung pada hutang.
"Walaupun
hutang kerajaan pada masa kini adalah normal dalam kalangan negara maju dan
membangun namun jika hutang negara semakin bertambah buruk, generasi baharu
akan memikul hutang besar ini seterusnya akan menjadi barah kepada
negara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Kementerian
Kewangan dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya
daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataanya di
Kyoto, Jepun pada Sabtu lalu bahawa Malaysia mahu terbitan bon Samurai kedua
diteruskan.
Rujukan: KLIK DISINI