LONDON - Seorang pesara mengejutkan doktor apabila berjaya merencat atau
menghentikan kanser darah atau mieloma yang tidak dapat diubati, hanya dengan mengamalkan
makan sebatian kunyit, kurkumin.
Lapor
Mirror Online, Dieneke Ferguson, 67, menjalani kehidupan normal lebih daripada satu dekad selepas disahkan menghidap penyakit yang membawa maut
itu.
Wanita
tersebut mula mengamalkan makan sebatian kunyit tersebut selepas rawatan
kemoterapi dan sel stem gagal.
Ferguson
mula makan lapan gram kurkumin, pigmen yang mewujudkan warna
kuning pada kunyit, setiap hari dalam bentuk pil.
Pesakit
mieloma mempunyai purata hayat lebih lima tahun sahaja, menjadikan ia sebagai
salah satu penyakit membawa maut.
“Di sini
kami menerangkan mengenai pesakit mieloma yang memulakan suplemen diet harian
dengan mengamalkan pengambilan kurkumin ketika penyakitnya memasuki peringkat
ketiga.
“Dengan
ketiadaan rawatan antimieloma, pesakit itu mencari alternatif dan berjaya kekal
stabil dalam tempoh lima tahun dengan mengamalkan kualiti hidup yang baik,”
kata pakar hematologi di Barts NHS Health Trust, Dr. Abbas Zaidi.
KES
SEUMPAMA INI MEMBUKTIKAN KURKUMIN KUNYIT MAMPU MELINDUNGI MANUSIA DARIPADA
PENYAKIT PARU-PARU, MIELOMA, KANSER PANKREAS, KOLON, PAYUDARA, ALZHEIMER, PENYAKIT
JANTUNG DAN KEMURUNGAN.
Kurkumin juga telah dibuktikan dapat membantu mencepatkan
pemulihan selepas menjalani pembedahan dan berkesan merawat artritis.
Rujukan: KLIK DISINIRuan
Rujukan: KLIK DISINIRuan