KERAJAAN
DIGESA BATALKAN PELANTIKAN ADUN DAP SHEIKH OMAR ALI KE DALAM YADIM
BANGI, 23 Jamadilawal 1440H, Selasa - Pelantikan
proksi DAP dari kalangan orang Islam ke dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim), dilihat merupakan agenda licik bagi melemahkan suara pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) Islam dan Melayu berhaluan kanan.
Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat UMNO Malaysia,
Datuk Lokman Noor Adam berkata, kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota pemegang amanah Yadim dilihat LANGKAH HALUS DAP UNTUK MENGUBAH LANSKAP
POLITIK DAN AGAMA TANAH AIR,
agar menjadi lebih terbuka kepada agenda pluralisme, liberalisme dan
sekularisme.
"DAP ni licik, mereka rekrut proksi dari
kalangan orang Islam untuk kawal institusi agama kita, sedangkan mereka secara
terbuka MENUNTUT DAN
MENDESAK AGAR MALAYSIA AMALKAN PLURALISME ATAU KEMAJMUKAN AGAMA. Ini boleh dilihat melalui kenyataan
ahli mereka, contohnya Zairil Khir Johari yang tulis dalam RoketKini, gesaan
agar Malaysia kembalikan pluralisme agama sebagai cara hidup rakyat.
"Dalam isu pelantikan proksi mereka ke dalam
Yadim ini, kita kena tegaskan, fungsi Yadim nak selaraskan kegiatan badan-badan
dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara.
"Apa maknanya? Maknanya, Yadim ini berpengaruh
ke atas hala tuju NGO-NGO di Malaysia. Apa akan jadi bila YADIM KENA 'HIJACKED' OLEH DAP? Sudah pasti, suara-suara NGO Islam
berhaluan kanan akan dibenam oleh parti yang julang idea pluralisme
agama," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Lokman berkata, NGO adalah "kuasa ketiga"
yang berpengaruh mewujudkan semak dan imbang bagi kerajaan, dan berperanan
menegur salah laku, termasuk yang membabitkan polisi anti-Islam dan Melayu.
Katanya, apabila parti DAP yang memang terkenal
sebagai pendokong pluralisme agama berjaya mengawal Yadim, ini sekali gus
mengakibatkan SUARA
ISLAM DAN MELAYU YANG SEDIA TEMPANG SEJAK PAKATAN HARAPAN (PH) MEMERINTAH, akan menjadi semakin terpinggir dan
disekat.
"NGO ini berperanan besar dalam mencorakkan
senario politik tanah air. Buktinya, atas kesepakatan NGO-NGO Islam lah, kita
berjaya menganjurkan perhimpunan aman menolak ICERD pada Disember lalu.
"Kerana kelantangan suara NGO-NGO Islam juga
lah, kita berjaya memberi tekanan kepada kerajaan supaya tak bertindak biadab
terhadap agama dan bangsa kita. Boleh kah kita bayangkan, apabila institusi
yang memayungi NGO ini, dikawal oleh DAP?" katanya
Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mendesak
agar kerajaan membatalkan pelantikan Sheikh Omar ke dalam Yadim, demi
memastikan kelancaran proses demokrasi Malaysia sebagai negara Islam ini tidak
dicabul.
"KERAJAAN
KENA BERTINDAK TEGAS,
batalkan pelantikan dia (Sheikh Omar). Jangan sampai kita himpunkan jutaan
rakyat untuk menolak pelantikan itu. Malaysia ini negara Islam, lantiklah orang
yang memang jelas pro-Islam, bukan individu dari parti yang anti-Islam,"
katanya.
Rujukan: Artikel Dato Lokman Adam.
Rujukan: Artikel Dato Lokman Adam.