KUALA LUMPUR – KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) DIMINTA
BERHENTI MEMPOLITIKKAN SIASATAN KES 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu
menyelesaikannya.
Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu
siapa yang salah atau siapa yang betul, maka LAKUKANLAH
SIASATAN DENGAN TELUS MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG.
“Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap-senyap dan fokus. Semasa
dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan kemudian
membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu.
“DALAM SIASATAN ADA PROSEDUR.
Seandainya ada pihak yang didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau
lakukanlah pertuduhan kepadanya supaya yang dituduh dapat diadili di mahkamah.
“BUKANNYA
SETIAP HARI PANGGIL SIDANG MEDIA dan dedahkan apa yang kononnya
disiasat. Itu bukan siasatan tetapi hendak berpolitik, ada agenda lain.
Siasatan dan sidang media adalah berbeza,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tegas Seng Giaw, kempen untuk pilihan
raya sudah lama selesai dan pilihan raya juga sudah lebih dua minggu berlalu.
Lantaran itu, mana-mana pemimpin yang
dipilih tidak perlu terlalu terbawa-bawa budaya berpolitik kerana sudah menjadi
pemerintah.
“Pilihan raya sudah berakhir, sudah
dipilih jadi tadbirkan negara ini dengan cekap berdasarkan kedaulatan
undang-undang,” tambahnya.
Menurut Seng Giaw, berpolitik sepanjang masa dan mempolitikkan semua isu tidak mampu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul seperti yang uar-uarkan.
INI TERBUKTI APABILA PASARAN SAHAM NEGARA
JATUH SEMALAM DAN HARI INI berikutan kebimbangan yang
dicetuskan oleh situasi politik di negara ini.
“Kalau banyak cakap, asyik hendak buat
siaran berita seperti sekarang hingga menjejaskan nama dan reputasi negara,
maknanya tidak sayang kepada Malaysia. Mereka ini hanya sayang pada diri
sendiri sahaja,” ujarnya.