Translate

20/05/2018

DIPAKSA MAKAN DAGING BABI SEBAGAI HUKUMAN

XINJIANG: DIPAKSA MAKAN DAGING BABI DAN MINUM ALKOHOL, itu antara hukuman di kem pengasingan untuk TAHANAN MUSLIM DI CHINA.

Dianggarkan sekitar 900,000 hingga satu juta orang Cina Islam telah ditahan di
KEM 'PENDIDIKAN SEMULA' di wilayah Xinjiang dalam usaha Beijing mengekang gerakan pemisah.

Ia bertujuan mengubah pemikiran politik tahanan, MENGHAPUS KEPERCAYAAN TERHADAP ISLAM dan membentuk semula identiti mereka.

Kem sedemikian berkembang pesat sepanjang tahun lalu, dengan hampir
TIADA PROSES KEHAKIMAN atau dokumen undang-undang.

Omir Bekali, 42, seorang Muslim Kazakh ditahan agensi keselamatan China pada 23 Mac tahun lalu ketika memasuki sempadan China dari Kazakhstan untuk menziarah ibu bapanya, dua hari kemudian lima anggota polis bersenjata muncul dan berkata terdapat waran tangkap ke atasnya di Karamay.

Bekali kemudian dibawa ke Pejabat Keselamatan Awam Daerah Baijiantan, Karamay di mana dia ditahan bersama 17 lagi tahanan di dalam sel sempit.

Dengan
KAKI DAN TANGAN DIRANTAI, Bekali disoal siasat mengenai kerjanya dengan agensi pelancongan yang mengundang warga China untuk memohon visa pelancong Kazakh, ia didakwa sebagai satu cara untuk membantu umat Islam China melarikan diri.

Bekali menceritakan kepada AP bagaimana hari demi hari, dia dan tahanan lain DIPAKSA MENOLAK DAN MEMBENCI AGAMA ISLAM dan hukuman keras akan diberi termasuk dipaksa makan daging babi bagi mereka yang enggan tunduk kehendak mereka.

Tahanan turut DIPAKSA mengkritik diri mereka sendiri dan orang yang tersayang serta
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PARTI KOMUNIS yang berkuasa.

Apabila enggan mengikut arahan, Bekali dipaksa berdiri menghadap dinding selama lima jam, seminggu kemudian, dia dihantar ke sel pengasingan tanpa diberikan makanan selama 24 jam.

"Perkara itu masih menghantui saya sehingga ke hari ini.

"Tekanan fizikal dan mental yang terpaksa dihadapi amat menyeksakan, saya pernah terfikir untuk membunuh diri," ujar Bekali yang dibebaskan setelah lawatan Timbalan Menteri Luar Kazakhstan dan berjaya meninggalkan China pada 4 Disember lalu.

Ramai pegawai di Xinjiang menolak untuk mengulas berkenaan kem berkenaan, namun ada yang dipetik sebagai berkata, perubahan ideologi diperlukan untuk melawan separatisme dan ekstremisme Islam.

Puak radikal Uighur Muslim dikatakan telah membunuh ratusan orang beberapa tahun kebelakangan ini, dan China menganggap wilayah itu sebagai ancaman kepada keamanan di negara di mana majoriti adalah kaum Han.

Program penahanan itu merupakan ciri penting keselamatan negara di bawah pemerintahan tegas Xi Jinping. - Dailymail

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...