MAHATHIR
AKUI PPBM PARTI BANYAK MASALAH.
Semalam Ketua Armada Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelar pihak yang menamakan nama calon
Perdana Menteri dari Pakatan Harapan sebagai “tidak sensitif”.
Maksud “tidak sensitif” yang
di bawa oleh Syed Saddiq boleh lah kita faham kan sebagai tidak sensitif kepada
idola nya Tun Mahathir , kerana idola dan dewa nya telah membuat pendirian
bahawa nama calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan tidak harus di nama kan
kerana pada pendapat Pengerusi PPBM itu akan akibat kan perpecahan.
Sebenar nya, sebelum Tun
Mahathir bertukar pendirian songsang nya mahu menyokong Pakatan
Harapan, PH sudah pun dari awal lagi menyatakan calon Perdana Menteri mereka
ada lah Anwar Ibrahim.
Maka jika di lihat dari awal
lagi PH tidak pun berubah pendirian , hanya sebab kemasukan Tun Mahathir
kedalam Pakatan harapan , maka tidak semudah itu dia boleh merubah kan
kedudukan mereka.
Tujuan PKR itu ujud pun ada
lah atas sebab menentang kezaliman rejim Mahathir.
Maka tiada apa yang tidak
sensitif nya selain PPBM dan Tun Mahathir sebagai “Johnny come lately” tetapi
mahu merubah keadaan.
Pendirian Syed Sadiq sama
juga lah dengan pendirian Mukhriz Mahathir dimana semua perkara harus di lihat
dari sudut mereka sahaja dan bukan dari sudut orang lain.
Penting diri ada lah
sebahagian dari “trait” Tun Mahathir dan mereka yang menyokong nya.
Pada entri terbaru Tun
Mahathir di blog nya Chedet , yang berjudul “Penyokong saya” jelas terlihat
Parti Bunga milik nya terdapat masalah berskala besar.
Sumber: Rozmi Mokhtar