Jurucakap
Peguam Negara (OAG) Switzerland, Andre Marty ketika memberitahu Nikkei Asian
Review telah mendedahkan bahawa Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disiasat berhubung 1MDB.
Laporan
berkenaan sekaligus membuktikan bahawa pembangkang telah berbohong
selama
ini, apabila mereka memanipulasi rakyat dengan membuat cerita bahawa Najib
telah disiasat oleh pihak terbabit.
Persoalan
yang timbul, setelah sah bahawa tiada apa pun berkaitan dengan Najib dalam
siasatan pihak Switzerland berkenaan 1MDB, apakah pembangkang mahu mohon maaf
dan akur? Jawapannya tentu semua sudah tahu. Mereka juga akan memutar belit isu
berkenaan dari sudut lain pula.