Kenyataan Mahathir baru-baru ini bahawa DAP lebih Melayu dari UMNO
sebab lagu parti itu adalah dalam bahasa Melayu, tidak harus dipandang serius.
Siapa gila nak percaya dengan cakap seperti itu? Takkanlah sebab
hanya lagu saja Melayu tapi yang lain tidak, maka dia jadi lebih Melayu dari
UMNO? Tak perlu pandang jauhlah, Chi Man Hin yang duduk sebelah Mahathir itupun tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.
Yang betulnya, nyanyuk Mahathir sudah bertambah parah. Dia akan cakap apa saja untuk penuhkan
nafsu politiknya melihat Najib jatuh. Rasional tak rasional, masuk akal tak masuk
akal, bukan dia kira sebab yang penting sekarang ialah meletak anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri.
Lagipun, apa rugi Mahathir bercakap
seperti itu? Dia pun tahu semua itu hanya pura-pura saja. Setelah apa yang dia kata dan buat ke atas DAP dan pemimpinya
selama berpuluh-puluh tahun, takkan sebab satu dua benda yang Mahathir buat
menjadikannya suci bak salji?
DAP pun bukan bodoh. Tinggal lagi Mahathir sekarang dilihat penting untuk menghakis
kepercayaan Melayu terhadap UMNO, maka apa pun perbuatan Mahathir akan dianggap
betul - anggap sajalah, bukan sebab Mahathir betul pun.
Sumber: Balqis Sheikh