PASIR GUDANG – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan
membenarkan apa-apa demonstrasi jalanan haram untuk mengambil tempat di seluruh
Johor.
“Ia tidak
bertanggungjawab bagi kita berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin atau
individu tertentu, dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak
akan benar apa-apa jenis demonstrasi berlaku di
Johor,” titahnya.
Sultan
Ibrahim seterusnya bertitah bahawa demonstrasi tanpa permit anjuran pihak
tertentu itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mewujudkan
perpecahan dalam kalangan rakyat negeri
tersebut sendiri.
Bertitah
pada Himpunan Bangsa Johor dihadiri kira-kira 3,000 orang di Stadium Tertutup
Pasir Gudang, baginda menyeru pelbagai organisasi bukan kerajaan di negeri ini
tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan.
Sultan
Ibrahim bertitah jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, maka
mereka harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan rasa tidak puas
hati dan bukannya berhimpun bebas secara jalanan.
“Pergilah
bertemu wakil rakyat masing-masing, dan jika mereka gagal menyuarakan rasa
tidak puas hati anda, maka cara lain ialah memilih seorang pemimpin baharu yang
mampu untuk melakukan pekerjaan itu,” titah baginda.
Meskipun
tidak menyatakan secara jelas mengenai perkara tersebut, titah Sultan Johor itu
nyata merujuk kepada usaha rancangan jahat pihak propembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada 19
November depan.
Malah,
beberapa siri jelajah kempen biadap demonstrasi
antikerajaan itu turut diadakan di negeri tersebut
baru-baru ini sehingga mencetuskan bantahan daripada penduduk tempatan dan
banyak laporan polis telah dibuat.
Dalam pada
itu, Sultan Johor turut mendedahkan kisah seorang bekas pemimpin yang pernah
diberi kuasa akibat tamak tergamak menghapuskan hak raja dan
melakukan pindaan perlembagaan persekutuan pada 1994 lalu.
“Ia telah menjadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai boneka yang mesti mengikut telunjuk mereka. Saudara boleh semak sendiri
pindaan yang telah dibuatnya dan kenal siapakah perdana menteri pada ketika
itu,” titah baginda.
Sultan
Ibrahim seterusnya menyelar pemimpin tersebut sebagai kacang
lupakan kulit dan tidak bertanggungjawab sehingga
menyebabkan baginda sendiri berasa amat kecewa dengan tokoh itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA