Translate

08/11/2016

Muhyiddin Kaki Penipu, Kelirukan Fakta Di Dewan Rakyat

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin ternyata berjaya menipu dan mengelirukan parlimen semasa berucap membahaskan Bajet 2017.  Beliau juga patut dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.
Saya berikan anda lima contoh sahaja:
1. Beliau menyebut hutang 1MDB ialah RM53 bilion. Pada masa sama, Shafie Apdal berkata 1MDB jual 60% daripada Bandar Malaysia ke China (salah, ia sebenarnya 24%) dan Mahathir Mohamad pula berkata 1MDB jual semua loji kuasa ke China.


Jadi selepas menjualnya, ia masih RM53 bilion? Akhbar The Edge secara aneh tidak melaporkannya maka, Muhyiddin tidak tahu?
Tidak. Hutang jangka panjang 1MDB ialah sekitar RM20 bilion dan tiada satu pun daripadanya telah sampai tempoh matang lagi. 1MDB perlu membuat pembayaran balik selama 30 tahun bagi bon RM5 bilion dan 10 tahun bagi bon AS$3 bilion.
Manakala bagi isu bon AS$3.5 bilion yang dijamin oleh firma antarabangsa IPIC, ia kini telah dibawa ke mahkamah timbang tara dan akan diselesaikan tidak lama lagi. Kerajaan masih belum “bail out” 1MDB sama sekali.
Oleh itu, Muhyiddin telah nyata berbohong di Parlimen dan patut digelar sebagai pembohong di Parlimen kerana masih menyebut RM53 bilion, walhal ia adalah jelas tidak benar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...