Dalam
Perlembagaan Negara , Perkara 10 (c) dengan jelas mengatakan semua rakyat
Malaysia punya hak yang sama untuk berpesatuan. Maka sudah tentu menjadi hak
asasi yang dibolehkan bagi Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk
menubuhkan apa juga parti. Untuk itu kita perlu hormati dan raikan demokrasi lahirnya
parti Pribumi.
Namun dari segi prinsipnya untuk menjalinkan kerjasama dengan mana – mana parti atau pertubuhan sekali pun PKR seharusnya berpegang pada prinsip asas reformasi.
Pertama parti ini sangat
jelas perkauman dari Umno itu sendiri. Parti ini
membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang
jawatan atau mengundi.
Adakah bukan melayu hanya layak menjadi tukang sorak. Jika parti
ini diterima dalam PH atau diterima sebagai rakan PKR maka ia memberi isyarat
PKR mengiktiraf diskriminasi kaum dan ia bakal menjadi beban kepada kita
khususnya bila berdepan pilihanraya, selama ini PKR diterima sangat baik di
kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi
kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri.
Selain itu dengan jelas Mahathir bukan sahaja tidak mengakui kesilapannya menzalimi Anwar Ibrahim
tetapi terus menfitnah Anwar, mempertahankan tindakannya (1998) terbaru melalui
temuramahnya dengan stesen TV Al Jazeera.
Ini persoalan penting dan jika salah ditangani pepecahan sokongan
bakal berlaku. Mahathir yang kita yakinkan rakyat bahawa dia Mahafiraun,
perompak negara tiba – tiba bila dia ketuai sebuah parti lain kita terima dan angkat
dia sebagai pemimpin.
Dia kena akui dan minta maaf atas semua kesilapanya malah tidak
keterlaluan dia perlu memulangkan rompakan yang dilakukan seperti skandal
Perwaja, Skandal Bank Bumi, Skandal Maminco Makuwasa dan skandal menggunakan
wang negara bail out anaknya yang mana Anwar dipecat dan dizalimi kerana
menghalangnya.
Itu sekadar menyebut beberapa perkara. PKR itu sendiri diasaskan
oleh krisis 1998 yang mana kemuncak kuku besi Mahathir menunggang dan merosakan
sistem dalam negara. Kerosakan hari ini merupakan kelangsungan kejahatan
Mahathir.
Mahathir yang kita yakinkan rakyat bahawa dia Mahafiraun, perompak
negara tiba-tiba dia ketuai sebuah parti lain kita terima dan angkat dia
sebagai pemimpin duduk sebaris di atas pentas rakyat?
Kita menerima manusia boleh berubah namun ia perlu dengan
pengakuan, meminta maaf dan memulangkan apa hak yang diambilnya.
Pimpinan PKR khususnya yang selama ini begitu rapat dengan
Mahathir harus menyatakan pendirian dalam perkara ini. Sepatutnya didesak
Mahathir meminta maaf dari Anwar dan seluruh rakyat Malaysia.
Mood rakyat menolak Umno BN cukup tinggi namun kita tidak mahu
penampilan Mahathir yang mahu berkuasa kembali bagi memastikan legasinya
mengganggu mood rakyat ini.
Datuk
Abdul Halim Hussain,
Ketua Cabang Balik Pulau,
Mantan Speaker DUN Pulau Pinang,
Parti Keadilan Rakyat.
Ketua Cabang Balik Pulau,
Mantan Speaker DUN Pulau Pinang,
Parti Keadilan Rakyat.