Hasmah ini betul seorang bini yang tak
berguna kalau gagal menasihatkan suaminya Mahathir supaya berehat dari membuat kerja sia-sia seperti
mengajak Najib berdebat. Pepatah setiap kejayaan lelaki ada perempuan
dibelakangnya, tak terpakai dalam kes ini, Hasmah jelas tak boleh kawal
Mahathir.
Benda mudah, suruh Mahathir berehat dan tidak terlibat dengan
perkara-perkara yang boleh memberi tekanan seperti ini pun Hasmah tak
mampu lakukan. Mahathir jelas tak mempedulikan Hasmah, baginya Hasmah hanyalah seorang pengikut
bukan isteri, tak lebih, tak kurang.
Najib, seorang yang lahir dari keluarga
ternama, bukan orang yang suka kepada konfrontasi, Mahathir pun tahu. Baginya
lebih baik diplomasi dan berbincang dari bergaduh secara terbuka seperti itu.
Ingat Najib macam Anwar ke, lahir dari
keluarga yang agak kucar kacir, liwat orang sana sini. Tak hairanlah Anwar
memang sukalah kepada konfronstasi kerana latar belakangnya dah begitu. Anwar
dulu berapa kali ajak Mahathir debat, haram dia tak jawab, boleh pulak?
Nak marah sikap Najib yang sebegini
(non-controversial) pun tak boleh, sebab semua anak Perdana Menteri pun begitu.
Anak-anak Mahathir sendiri sebagai
contoh, semuanya buat duit senyap-senyap dan mengelakkan dari sebarang
kontroversi apatah lagi berdebat, kecuali Mukhriz yang dipaksa bapanya untuk
menjadi orang politik bagi meneruskan legasinya.
Mukhriz sendiri pun tak pernah berdebat
dengan sesiapa.
Lagipun larat ke nak ajak Najib debat
ni? Berdebat dengan Mokhzani pun dah masuk IJN, nak debat dengan Najib pulak.
Baru Mokhzani tu, anak sendiri, belum Najib lagi. Takut masuk kubur terus saja.
Nanti siapa salah, Najib jugak.
Sumber: Balqis Sheikh
Sumber: Balqis Sheikh