KUALA
LUMPUR – Aktivis
sosial, Datin Paduka Marina Mahathir mengucapkan tahniah kepada Aktivis hak
Transgender, Nisha Ayub selepas bandar San Diego, California
mengisytiharkan 5 April sebagai Hari Nisha Ayub.
Marina
yang memuat naik status tersebut di akaun Facebooknya turut membuat pautan
berita dari The Star Online mengenai penghargaan
pengisytiharan yang
dibuat oleh Datuk Bandar San Diego, Kevin L. Faulconer di atas
sumbangan Nisha memperjuangkan hak-hak transgender.
“Wow…tahniah
Nisha,” tulisnya.
Minggu
lalu, Nisha merupakan seorang daripada 14 penerima Setiausaha Negara Amerika
Syarikat Wanita Antarabangsa yang telah memenangi anugerah ‘keberanian’
dari kedutaan Amerika Syarikat.
Sebelum
ini, sebuah portal mendakwa Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister
in Islam (SiS) menerima gelaran sebagai pejuang
lesbian, gay, biseksual dan transeksual kerana disifatkan sering mempertahankan
hak golongan itu.
Terdahulu,
Nisha telah memenangi anugerah ‘keberanian’ yang sebelum ini dimenangi bekas
pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.- SuaraTV