Pada Ahad lepas iaitu ketika demontrasi ANTI GST yang
bertukar menjadi BEBASKAN ANWAR, Wan Azizah dilihat sengaja memalukan Tun
Mahathir apabila menghebahkan dia ke kenduri salah seorang temannya.
Nampaknya walaupun Mahathir terhemoi-hemoi untuk mendapatkan
sokongan dan kepercayaan daripada pembangkang dalam misinya menggulingkan Najib
Abdul Razak, hanya segelintir sahaja yang sudi mengikut alunannya. Manakala
sebahagian yang lain pula termasuklah Wan Azizah terus menyimpan dendam
terhadap Mahathir.
Susah nak buang perasaan jijik tu, yer Kak Wan Kipas?
Ada mendakwa mereka berdua cuba mengelak daripada bertemu
seteru keluarga Anwar Ibrahim sejak 1998 iaitu bekas bosnya sendiri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad yang teruk dikutuk sebagai diktator, firaun dan mahazalim.
“Walaupun ada yang kata hari ini panas, tapi dalam hati lagi
panas. Kita mahu dana rakyat dikembalikan, GST perlu dimansuhkan. Pemimpin
korup, kalau berani nak lari, cubalah lari,” cabar jenaka Nurul Izzah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba membangkitkan semangat
penyokong yang hadir dan jelas hilang semangat dengan melihat kepada sambutan
hambar acara mega tersebut seolah-olah sekadar bertaraf fun fair kampung.
Bagaimanapun, tidak sampai satu jam menyertai perhimpunan
bodoh itu, Wan Azizah bersama-sama dengan pemimpin lain dilihat bertindak
segera ‘angkat kaki’ meninggalkan lokasi perhimpunan haram tersebut.
Sumber: KLIK DISINI