KUALA
LUMPUR, 2 Januari: Seekor
kucing menzahirkan kesetiaan kepada tuannya selepas berjaya membuat pemiliknya
itu menyedari mengenai kewujudan perompak di bahagian balkoni rumah.
Menurut
mangsa yang berusia 39 tahun, beliau menyedari keadaan itu selepas mendengar
kucing peliharaannya membuat bising.
“Sekitar jam
2.50 pagi, pengadu terdengar kucing peliharaannya membuat bising dan beliau
membuat pemeriksaan di bahagian beranda rumah dan mendapati ada seorang lelaki
yang tidak dikenali berada di kawasan balkoni.
“Dan sejurus
itu saspek terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran pengadu.
“Dengan
bantuan seorang jiran, suspek berkenaan berjaya ditangkap ketika bersembunyi di
dalam rumah sampah dan kemudiaannya di serahkan kepada pihak polis untuk
tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Yahya
Ramli.
Tambah
Yahya, suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu dipercayai tinggal di tingkat
atas rumah mangsa yang mana ianya merupakan hostel pekerja dan kini direman
polis.
Suspek
dikatakan baru bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pangsapuri Indahria,
Subang Jaya selama satu minggu dan tiada sebarang rekod jenayah.
Suspek juga
berasal dari Batu 14, Jeram, Selangor.
Dalam
perkembangan lain, polis berjaya menumpaskan dua lelaki yang dipercayai geng
mencuri kasut ketika membuat rondaan di kawasan Batu 3, Subang Jaya.
Dua saspek
lelaki Melayu berkenaan ditahan sekitar jam 1.30 pagi hari ini kerana berada di
dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mutiara Subang 2, Taman Mutiara.
“Selepas
ditahan dan buat pemeriksaan ke atas mereka, polis telah menjumpai empat buah
be dan salah satu beg yang diperiksa milik orang yang disiasat dan mengandungi
lima pasang kasut pelbagai jenama.
“Setelah
disiasat, saspek mengakui kasut tersebut dicuri dari rumah di tempat kejadian.
Seterusnya anggota polis telah berjumpa tuan rumah dan kasut adalah milik
mangsa selepas dibuat pengecaman,” kata Yahya lagi dengan menganggarkan
kerugian berjumlah lebih kurang RM1,200.
Kedua-dua
saspek telah ditangkap dan barang kes telah dirampas untuk siasatan lanjut.
Pihak polis
juga mempercayai dengan tangkapan berkenaan ianya dapat menyelesaikan beberapa
kes seumpama berkenaan di kawasan terbabit.