kenderaan ‘klon’. Habis tu selama ni apa yang dilakukan oleh JPJ keatas sindiket Kenderaan Klon ???
KUALA LUMPUR,
21 April: Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membangunkan sistem integrasi bersama-sama
dengan syarikat insurans di Malaysia bagi membolehkan maklumat mengenai
kenderaan yang telah diisytiharkan ‘total loss’ tidak lagi boleh didaftarkan di
negara ini.
Ketua Pengarahnya,
Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sistem berkenaan telahpun dibangunkan jabatan
itu dan juga syarikat insurans yang mana ia akan mula digunakan pada 1 Jun
depan.
Menurutnya,
dengan adanya sistem integrasi berkenaan, mana-mana sindiket atau pihak tertentu
yang ingin menggunakan kenderaan yang ‘total loss’ untuk digunapakai dan
didaftarkan semula tidak boleh lagi berbuat demikian.
“Oleh itu
selepas ini cukai jalan dan lain-lain urusan yang dilakukan oleh JPJ tidak akan
dapat dilakukan kerana sudah dapat mengesan status kenderaan berkenaan.
“Kita juga akan
meminda prosedur operasi standard yang mana semua syarikat insurans diwajibkan
untuk mendaftar semua kereta yang ‘total loss’ dengan JPJ,” katanya pada sidang
media di sini hari ini.