Translate

19/09/2014

ANWAR PUNCA PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU MH370 KE INDONESIA ???



KUALA LUMPUR: Kedutaan Indonesia menafikan Ketua Polis republik itu Jeneral Sutarman ada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Atase Polis, Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Aby Nursetyanto berkata, laporan berita Indonesia dikeluarkan melalui Tempo.co dua hari lepas merupakan kesimpulan yang dibuat sendiri oleh media berkenaan.

"Penulis itu akan dipanggil Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) untuk memberi penjelasan sekiranya perlu dan sekiranya gagal menunjukkan sebarang bukti, tindakan akan diambil," katanya.

Laporan berita Indonesia, Tempo.co, dua hari lepas memetik Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Susulan laporan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia itu bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat berkenaan, yang masih menjadi misteri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...