Isnin, 25 Ogos 2014

SENJATA MAUT UNTUK MENYERANG ISRAEL ?

Iran perkenal peluru berpandu baharu

TEHERAN (Klik) - Iran memperkenalkan generasi baharu peluru berpandu marin jarak pendek dan beberapa pesawat kawalan jauh atau dron semalam.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, peluru berpandu tersebut, Ghadir yang memiliki jarak 100 kilometer, direka untuk memusnahkan sasaran marin.

IRAN tidak melaporkan jarak satu lagi peluru berpandu buatan Iran, Nasr-e Basir tetapi menyatakan peluru 'beroperasi secara senyap'.


Persenjataan generasi baharu itu dirasmikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani pada satu majlis di sini.

Dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen Iran, Rouhani mengulas pendirian sebelum ini bahawa negara itu tidak merancang untuk membina senjata nuklear.

"Namun, kami juga tidak akan leka terhadap ancaman dan komplot musuh Iran," katanya.

Pada majlis itu, Iran turut memperkenalkan dua dron baharu iaitu Karrar-4 dan Mohajer-4.

Karrar-4 berupaya terbang pada altitud tinggi manakala dron kedua boleh digunakan untuk menghasilkan peta bagi tujuan awam atau ketenteraan. - Agensi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...