Translate

09/07/2014

URUS SELANGOR PUN DAH TAK MAMPU, BAGAIMANA UNTUK NEGARA ???


PRESIDEN PKR PATUT LETAK JAWATAN, MEMALUKAN ??? 

CUKUP-CUKUP LAH TIPU RAKYAT.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya berterusan dijadikan alasan punca pergeseran dalam kalangan pembangkang terutama di Selangor yang kini semakin sukar dibendung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang berlaku adalah akibat masalah dalaman yang berpunca daripada keghairahan mereka untuk berkuasa dan tidak sepatutnya dituding kepada pihak lain.
"Dia (pembangkang) tak boleh tuding jari kepada UMNO atau BN. Ini soal masalah dalaman...perebutan dalaman yang berlaku dalam parti pembangkang.
"Saya tak mahu campur sebab ini urusan dalaman pembangkang. Sebaliknya kita akan meneruskan usaha untuk memberi alternatif lebih baik kepada rakyat," katanya Ahad.
Utusan melaporkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Pembangkang itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau percaya rakyat boleh menilai sendiri kemampuan PKR mentadbir Selangor ketika ini.
"Kalau masalah dalaman ini berterusan, sedikit sebanyak boleh mengurangkan atau menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan sedia ada (PKR di Selangor)," ujar beliau.-6/7/2014
Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...