Selasa, 22 Julai 2014

KHALID SAMAD MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR ??

Khalid nak dengar dari Sultan Selangor sendiri mana salahnya...


Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad tetap nak control macho dalam isu Sultan Selangor murka padanya.Dalam bahasa mudah beliau seperti tidak mahu tergolek begitu saja.


Angin beliau tidak mudah mengalah jelas terasa sepanjang sidang akhbarnya yang diadakan di Shah Alam awal petang Khamis.


Bayangkan dalam suasana sekarang Khalid masih kata beliau tetap berpendirian kerajaan negeri harus kaji semula kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Katanya cadangan itu tidak bermakna beliau mencabar kuasa Sultan sebaliknya untuk melindungi institusi raja sekiranya MAIS dikritik.


Khalid yang sudah tulis surat memohon mengadap Sultan Selangor dakwa beliau masih tak pasti dibahagian mana kata-katanya ( pada 17 Jun lalu) mencabar kuasa Sultan.


Katanya beliau sedia mohon maaf 'sepenuhnya' kepada Sultan Selangor, jika selepas mengadap baginda tunjuk apa salahnya dan ia terbukti betul.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...