Translate

25/07/2014

KHALID BERI GULA-GULA PADA RAKYAT ?


BUAT KERJA, JANGAN TAK BUAT KERJA..... NAK TUKAR MB PUN TUNGGU HINGGA PRU 14....

SHAH ALAM, 24 Julai (Bernama) -- Kerja menanam cerucuk bagi projek perumahan mampu milik 'Rumah Selangorku' yang pertama dibina kerajaan negeri Selangor di Sungai Sering, Hulu Klang, dijadual bermula awal Oktober ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek itu telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperoleh pada Ogos ini.

Beliau berkata projek perumahan itu menerima peruntukan kerajaan negeri menggunakan wang rezab negeri sebanyak RM100 juta yang dijadikan modal pusingan.

"Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

"Sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...