Translate

08/06/2014

NAJIB MEMAHAMI Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ)


Memastikan bahawa enakmen itu akan mencapai matlamatnya, antaranya, untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor. (BUKAN ORANG LUAR)


Sejak timbul kontroversi mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang akan memberikan lebih kuasa pada Sultan Johor dibangkitkan, ramai tunggu nak tengok reaksi Perdana Menteri.

Sebagai pemimpin utama negara, pandangan Datuk Seri Najib Razak akan menentukan ke mana arah isu yang menjadi kontroversi itu dimainkan.

Pada Sabtu, Perdana Menteri berkata cadangan pembentangan satu enakmen tersebut mestilah membawa kebaikan, manfaat dan melindungi kepentingan semua terutama rakyat.

Menurutnya, enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.

Najib berkata, beliau telah menegaskan perkara itu kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin setelah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor itu mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membentangkan enakmen berkenaan.

"Menteri Besar menjelaskan bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan Perlembagaan. Beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga itu," kata Perdana Menteri dalam kenyataan kepada BERNAMA hari ini.

Najib berkata, Mohamed Khaled juga akan memastikan bahawa enakmen itu akan mencapai matlamatnya, antaranya, untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor.

Kerajaan negeri Johor sebelum ini dilapor akan membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga berkenaan Isnin ini yang jika diluluskan, akan menyaksikan pembabitan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan berbagai pihak.-7/6/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...