Translate

27/06/2014

KELANTAN TIDAK BERSENDIRIAN MELAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM, TAPI HUDUD BAGAIMANA ???


Dun lulus pindaan enakmen sekatan agama

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 2014 bagi membolehkan anggota polis dan Timbalan Pendakwa Raya membantu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mencadangkan pindaan itu berkata menerusi pindaan berkenaan, undang-undang itu telah diseragamkan dengan negeri-negeri lain.
 

Mohd Nassuruddin ketika ditemui berkata, sebelum ini tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
    
Di bawah enakmen yang diluluskan pada tahun 1981 itu, mana-mana pihak yang memujuk atau menghasut orang lain yang beragama Islam untuk menganut agama lain atau cenderung kepada agama itu sehingga meninggalkan agama Islam atau tidak menyukai agama Islam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    
Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya atau boleh disebat.
    
Persidangan Dun ditangguh hari ini dan akan bersambung pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...