Translate

19/06/2014

DAP - ISU SENSITIVITI UMAT ISLAM MULA DIBAKAR



Hairan juga sepatutnya semua sudah sedia maklum hal ini.Sebelum ini ia tidak menjadi isu. Jadi ada yang bertanya game apa DAP nak main sampai nak minta Dewan Rakyat ambil tindakan keatas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana kata Malaysia bukan negara sekular.

Khamis Ahli Parlimen DAP Sibu, Oscar Ling Chai Yew mengemukakan usul agar beliau dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana dakwa kenyataan itu tidak benar.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menolak usul itu dan  memutuskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana agama Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan di dalam Perlembagaan.


Pandikar Amin ketika menyampaikan keputusannya untuk menolak usul Oscar itu berkata, sebuah negara sekular tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu agama atau fahaman seperti mana Amerika Syarikat, India atau Turki.

“Ia dinyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama rasmi negara,” kata Pandikar.

Bagaimanapun, Pandikar Amin menjelaskan perkara itu hanyalah tafsiran beliau sendiri, dan bukan pandangannya yang rasmi.

Hal ini berbangkit bila Jamil Khir dalam jawapan bertulis kepada soalan Oscar kata Malaysia bukan negara sekular.

Oscar sebaliknya mendesak menteri berkenaan menyatakan bahawa negara ini berstatus sekular.- 19/6/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...