Translate

08/05/2014

Isu Hudud: Siapa memerangkap dan siapa terperangkap?



Soal pelaksanaan hudud di Kelantan ini hanyalah satu strategi. Ia mahu melunakkan Umno terhadap PAS dan sekaligus memberi gambaran bahawa PAS sudah masuk perangkapnya supaya bergaduh dengan DAP.

Walhal sebenarnya yang diperangkap ialah Umno sendiri. Buat masa ini DAP mungkin tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Namun jika cokmar kuasa sudah berada dalam genggaman Pakatan Rakyat, sudah tentu DAP tidak akan tidak bersetuju dengan hudud. Kumpulan perancang ini mahu hudud menjadi anak kunci ke Putrajaya. 

Soalnya kini, apakah selepas berjaya kelak PAS benar-benar mahu melaksanakan hudud? Sebenarnya jawapan kepada persoalan itu agak mudah. 

Reaksi PAS kepada cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya panel khas ditubuhkan bagi meneliti segala soal teknikal mengenai pelaksanaan hudud adalah isyarat jelas apakah yang menjadi jawapan PAS kelak. 

Bagi golongan strategis ini meskipun Rukun Islam ada lima perkara namun yang benar-benar wajib dilaksanakan hanyalah dua – mengucap dua kalimah syahadah dan solat, tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun. 


Yang tiga lagi – puasa, zakat dan haji – tidak wajib dilakukan jika ada halangan syarie seperti soal kesihatan, kefakiran dan tiada upaya fizikal dan kewangan. 

Sehingga halangan-halangan ini dapat diatasi maka pelaksanaan hukum hudud wajar ditunda terlebih dahulu. Tindakan Brunei Darussalam menangguhkan hukum hudud boleh dijadikan sandaran alasan.

Sebenarnya soal ini sudah awal-awal dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan laksanakan hukum hudud sehingga masalah kemiskinan dapat diatasi.

Sebab itu PAS tidak berasa bersalah menandatangani persefahaman dalam Buku Jingga dan mahu Negara Berkebajikan diwujudkan terlebih dahulu. 

Jika strategi ini berjaya, PAS bukan sahaja menjadi nakhoda Pakatan Rakyat tetapi dapat menjadikan cogannya – PAS For All – Pas untuk semua, satu realiti.  

Sementara itu, Anwar Ibrahim tidak perlulah berkecil hati.

Sumber:antarapos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...