Translate

09/04/2014

Sindiket Jual Walkie-Talkie Haram Kepada Rukun Tetangga Tumpas


SKMM PERLU BERTINDAK BUKAN SAJA DI PERAK BAHKAN DISELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Perak, Selasa, menumpaskan satu sindiket penjualan walkie-talkie haram yang mensasarkan kumpulan Rukun Tetangga (RT) sekitar Ipoh.

Jurucakap SKMM cawangan Perak berkata dalam serbuan bersama-sama anggota polis dan Jabatan Kastam di sebuah pejabat penjualan kereta terpakai di Bercham pukul 4.15 petang itu, mereka menahan dua suspek, ibu dan anak lelakinya, masing-masing berusia 40-an dan belasan tahun.

"Kita merampas 12 set lengkap walkie-talkie haram yang dipercayai dijual RM300 setiap satu set dan barang-barang lain," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Beliau berkata sindiket ini dipercayai menjalankan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara alat komunikasi berkenaan kerana pihaknya menemukan banyak bahagian walkie-talkie lain.

Katanya, sindiket itu dipercayai menjual walkie-talkie yang tidak mendapat kelulusan dan pengesahan SIRIM kepada hampir 1,500 pembeli di sekitar Ipoh.

Jurucakap itu berkata kedua-dua suspek itu dibawa ke Balai Polis Bercham untuk diambil keterangan sebelum pihaknya mengambil tindakan lanjut.

"SKMM Perak sebenarnya menerima banyak aduan daripada RT mengenai penjualan walkie-talkie haram itu pada Mac lepas. Kita kemudian buat pemantauan dan penyiasatan serta semakan dengan SIRIM sehingga membawa ke lokasi ini," katanya.

Beliau berkata penjualan walkie-talkie haram adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu melibatkan peralatan atau peranti bukan standard.

Suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...