Translate

22/03/2014

WOW...RAMAI PELIWAT AKAN MUNCUL JIKA ANWAR DIPENJARAKAN ???

 

KAJANG - Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menyatakan bahawa lebih ramai 'Anwar Ibrahim' akan dilahirkan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Menurutnya, ini berlaku kerana rakyat melihat tindakan tersebut sebagai satu konspirasi, oleh itu refleksi daripada tindakan tersebut, rakyat akan bangkit untuk menjadi 'Anwar Ibrahim' bagi menentang kezaliman tersebut.

"Sekiranya mereka fikir perjuangan Anwar Ibrahim terhenti sekiranya beliau dipenjarakan, mereka (BN) silap.

"Ini kerana lebih ramai 'Anwar Ibrahim' akan lahir dalam kalangan rakyat,mereka bangkit untuk memperjuangkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam hari ini.

Oleh itu, beliau merayu kepada pengundi Kajang supaya memberi undi kepada calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelang hari mengundi Dun PKR pada 23 Mac ini.

"Beri kepada kak Wan, kita akan bangunkan Kajang, kita tegakkan keadilan,"  katanya.

Pilihan raya kecil Dun Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail PKR menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang diadakan selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac sebagai tarikh mengundi selain pengundian awal pada 19 Mac.
 
Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...