Wan Azizah PM wanita pertama mimpi di siang hari
KAJANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini
menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) hanya bermimpi di siang hari untuk
mengangkat calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana
Menteri wanita pertama sekiranya PR berjaya mengambil alih Putrajaya.
Menurutnya cita-cita tersebut hanya angan-angan PR, serta tidak
disandarkan kepada realiti sebenar, di mana BN masih kuat serta mendapat
sokongan majoriti rakyat.
"PR hanya bermimpi di siang hari, macam siang hari ini, waktu
sidang media kita buat sekarang (tengah hari).
"PR kena ingat BN masih kuat, kita yakin kita masih mendapat tempat
dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media selepas
program santai bersama polis di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.
Zahid berkata demikian sebagai menggulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit
Siang semalam dalam kempennya yang menggesa pengundi Kajang untuk
"mencipta sejarah" dan merayu undi mereka dengan mengatakan Wan
Azizah boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.