Ahad, 23 Mac 2014

COBAAN...UNTUK DATUK NICOL DAVID....


Nicol David kalah mengejut, gagal ke akhir

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak berjaya dalam misi memburu kejuaraan dunia kelapan di halaman sendiri apabila gagal mara ke final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sini hari ini.
  
Pada perlawanan separuh akhir di Arena SPICE di sini, Nicol mengalami kekalahan mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini 3-2 pada pertarungan selama 61 minit.
  
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu bagaimanapun membuka saingan dengan langkah kanan apabila menang 11-4 pada set pertama sebelum lawannya bangkit untuk menang dua set berikutnya 11-9, 11-6.
  
Nicol kembali semula dengan mengatasi Nour 11-2 pada set keempat sebelum pemain Mesir itu memberi tentangan sengit pada set terakhir sebelum menempah slot final dengan keputusan 11-9.
  
"Tumpuan saya tidak konsisten hari ini. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong saya tetapi hari ini bukan harinya.
  
"Nour tidak melakukan sebarang kesilapan dan pukulannya tepat," kata Nicol yang ternyata kecewa dengan keputusan tersebut.

KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...