Translate

02/01/2014

TAK PERLU MENGEJAR PUNCAK EVEREST DEMI SUKAN NEGERI TERENGGANU


BANYAK LAGI PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN ATAU DILAKUKAN DEMI UNTUK MEREALISASIKAN SLOGAN TERENGGANU KUASA SUKAN NEGARA. 

DISETIAP DAERAH APA YANG ADA UNTUK MERELISASIKAN SLOGAN TERSEBUT ?? 

MAJLIS SUKAN ATAU MAJLIS BELIA DAN SUKAN PERLU MENGKAJI DENGAN TELITI DENGAN TERPERINCI SEBELUM MELAKSANAKAN USAHA-USAHA KEARAH TUJUAN TERSEBUT.

Anak-Anak Terengganu Sasar Tawan Puncak Everest Pada 2015

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara, kerajaan negeri Terengganu melancarkan projek Terengganu D'Everest untuk menawan puncak gunung Everest pada April 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek tersebut.

"Terengganu nelang (berani) dan Terengganu boleh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa urusetia Terengganu De'Everest 2015 di sini hari ini.

Rozi berkata projek tersebut mendapat kerjasama Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

Katanya Mohd Rafi Qori, anak Terengganu pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu De'Everest.

Beliau berkata satu sesi pemilihan pendaki di kalangan rakyat Terengganu akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak pada 9.30 pagi, 11 Jan ini.

Rozi berkata untuk saringan awal, seramai 40 orang akan dipilih dan daripada jumlah itu cuma lapan orang sahaja akan dipilih untuk membawa misi kerajaan negeri itu.

Menurutnya antara syarat untuk menyertai pemilihan itu lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas serta berpengalaman dalam pendakian.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat MSNT dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...