Translate

14/01/2014

Jumlah remaja hamil tanpa nikah meningkat

Gambar hiasan
KOTA BHARU – Jumlah remaja di bawah umur hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah berdaftar di negeri ini meningkat kepada 10 kes tahun lepas berbanding pada 2012.

Fakta tersebut berdasarkan laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan peningkatan dari 13.4 peratus atau 78 kes pada 2012 kepada 15.5 peratus atau 87 kes tahun lepas.

Manakala yang selamat dilahirkan di hospital kerajaan menurun iaitu 10.5 peratus atau 29 kes tahun lepas dan 2012 sebanyak 11 peratus atau 37 kes pada 2012.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, masalah yang melibatkan remaja antara 10 hingga 19 tahun merupakan isu penting kerana hanya segelintir mereka bersikap terbuka dan mementingkan kesihatan.

Menurutnya, hanya remaja yang teliti dengan kesihatan diri dan bayi sahaja akan mendaftarkan kehamilan mereka di fasiliti kesihatan kerajaan.

“Keadaan ini berlaku kerana kurang kesedaran di kalangan remaja tentang kepentingan kelahiran di hospital atau tiada sokongan dari ibu bapa yang mungkin malu dengan stigma masyarakat.

“Pihak jabatan kesihatan memandang serius isu ini dan menyarankan agar remaja terlibat, ahli keluarga serta masyarakat tidak perlu malu untuk tampil untuk dapatkan hak penjagaan kehamilan.

“Nasihat kepada mereka jangan ulangi lagi kesilapan dan dapatkan penjagaan kehamilan secara berkala bagi memastikan keselamatan diri dan anak dalam kandungan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kesihatan kepada Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) di Makmal Kesihatan Awam, di sini, semalam.

Dr Ahmad Razin berkata, berbagai faktor risiko dapat dikesan semasa penjagaan kehamilan di klinik kesihatan dan rawatan awal adalah penting bagi mencegah sebarang komplikasi.

Berita lanjut KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...